Berita Ini Bakal Mengejutkan Semua Pengguna Lebuhraya Malaysia!


Sebanyak 20 buah lebuhraya telah layak untuk menaikkan harga tol pada tahun 2015 selepas syarikat konsesi tersebut telah disenaraikan dalam Bajet 2015

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya, mereka memberi respon selepas media hari ini telah menyebut tentang kenaikan tol pada 2015 tapi tidak melibatkan semua lebuhraya di Malaysia.

“Apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, semasa penggulungan Bajet 2015 Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Kerja Raya adalah berkaitan peruntukan Bajet 2015, sejumlah RM558.69 juta telah dipohon sebagai pampasan jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol pada 2015.

“Kementerian Kerja Raya ingin menjelaskan bahawa ini adalah prosedur biasa untuk permohonan bajet supaya peruntukan tersedia sekiranya keputusan tidak ada kenaikan tol diputuskan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian bagaimanapun menafikan bahawa tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya yang mendakwa tiada kenaikan kadar tol pada 2015.

“Jawatankuasa ini juga boleh mencadangkan pilihan lain dalam mengurangkan beban rakyat sekiranya kenaikan tol diluluskan.

“Sehingga kini, tiada sebarang keputusan berkaitan sama ada akan dibenarkan kenaikan tol atau pun tidak, permohonan peruntukan hanya sebagai prosedur bajet sahaja,” katanya

Berikut adalah senarai 20 konsesi tersebut yang layak untuk menaikkan kadar tol pada tahun depan.

1. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
2. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
3. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
4. Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
5. Storm Water Management and Road Tunnel (SMART)
6. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
8. Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
9. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
10. Lebuhraya Koridor GUTHRIE (GCE)
11. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
12. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
13. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)
14. Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
15. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
16. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
17. Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
18. Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
19. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
20. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Sumber- Siakapkeli.com.my

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks