Cikgu MERUNGUT Tak Boleh Cuti Dengan AMAN!


Cuti sekolah tiba lagi, namun para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

China Press melaporkan, senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut.

Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Walaupun bukan semua guru akan terlibat dalam kesemua 100 tugas, namun dijangkakan setiap cikgu masih memikul sehingga 80 peratus tugas.

Beberapa tugas turut mengkehendaki cikgu mengerja masa untuk memasukkan maklumat berkenaan dalam masa yang ditentukan.

SAPS (pengisian markah pelajar) juga merupakan tugas yang memeningkan cikgu.

Seorang cikgu memberitahu, komputer di sekolah adalah terhad dan ramai pendidik perlu menggunakannya secara bergilir, namun tempat kosong masih sukar ditemui.

Sesetengah cikgu merungut beban kerja yang berat mungkin memaksa mereka bertugas di sekolah pada Sabtu termasuk bermesyuarat, mengemas kini rekod, menghadiri kursus atau menganjurkan aktiviti.

Sementara itu, cikgu juga perlu menghadiri 25 kursus secara dalam talian dan menjalani peperiksaan melalui Internet.

Sekiranya, seseorang guru memperolehi markah di bawah 60, maka pendidik tersebut perlu mengambil ujian semula.

Kerja yang berat ditambah dengan ujian, maka tidak hairanlah ramai guru merungut.

Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks