Nak Tahu Jantina Anak Kandungan Diana Amir? Baca Di Sini!


Diana Amir yagn diketahui telah mengandung sebelum ini kali ini telah mendedahkan kepada media yang beliau kini sedang mengandungkan anak perempuan yang dijangka lahir pada Januari 2015 hasil perkongsian hidupnya Mohd Habib  yang berkahwin pada Oktober 2013 lalu.

Beliau yang ditemuaramah wartawan Harian Merto memberitahu dia tidak boeh duduk diam dan aktif walaupun kandungannya sudah menjangkau enam bulan.

“Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak buat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah dibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula mual macam hendak muntah.

“Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan Alhamdulilah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,” katanya.


Dia jugak memberitahu dia sebenarnya tidak kisah samaada anak itu lelaki atau anak perempuan kerana menerima anugerah Tuhan yang amat berharga ini dengan hati yang terbuka.

"Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah memakbulkan doa untuk menganugerahkan zuriat pengikat kasih dibina”

Tahniah buat Diana Amir dan suami sekeluarga. Pasti tidak sabar menantikan kelahiran orang baru dalam kehidupan anda berdua. Semoga lahirnya bayi comel itu nanti menjadi anak yang baik dan solehah. Jaga kandungan baik baik ye Diana.-Sumber Siakapkeli.com.my

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks