Lawas, Pekan Paling Bosan Di Malaysia! Benarkah?


Seorang forumer CariGold memuat naik luahan hatinya mengenai pengalamannya di sebuah daerah Sarawak. 

Menggunakan nama samaran, Achmad Albab, dia meluahkan pendapat bahawa bandar/pekan yang paling bosan di Malaysia adalah Lawas, Sarawak.

Menurut Achmad, Lawas merupakan satu pekan yang sangat membosankan kerana apabila tiba jam 10 malam, kebanyakan kedai ditutup. Orang dari luar tidak boleh memasuki Lawas dan begitu juga sebaliknya. Ibarat dikepung oleh Imigresen yang tidak ubah seperti Gaza.

Fenomena itu menyebabkan dia sukar mencari kedai makan. Lebih-lebih lagi bila jam 7 malam, semua kedai makan ditutup dan perkara ini amat mengecewakannya.

[KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR]

Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, kedai mamak ada di merata-rata bandar/pekan, tetapi tidak di Lawas. Meskipun ada kedai yang menjual roti canai di Sipitang, namun untuk pergi ke kedai tersebut memerlukan satu perjalanan yang sejauh 60 kilometer jaraknya.

Selain itu, barang-barang juga dijual dengan harga mahal. Contohnya seperti pampers, jika di Kota Kinabalu, harganya RM38, tetapi di Lawas, RM49.

Tambahnya lagi, walaupun Lawas adalah bandar di pesisiran laut, tetapi harga jualan bagi ikan, udang dan sotong mengalahkan harga pasaran hasil laut di Jerantut, Pahang.

Jika di Semenanjung, mereka bebas saja mengisi petrol kenderaan bila-bila masa, tetapi tidak di Lawas. Ini kerana, aktiviti seperti itu perlu dilakukan sebelum jam 10 malam. Jika melebihi waktu itu, terpaksalah anda menunggu stesen minyak buka pada keesokkan harinya.

Ini wajah pekan Lawas yang paling membosankan buat Achmad Albab? 

Dalam rungutannya itu juga mendakwa, banyak pusat-pusat karaoke, premis judi. Jika ingin melepak di tepi sungai pula, terpaksa dilupakan kerana ramai orang yang minum arak dan mabuk. 

Jika ingin pergi ke Kuala Lumpur pula, dia terpaksa pergi ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu sejauh 200 kilometer. 

Sebelum ini, kami pernah menasihatkan Achmad Albab, agar menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Namun dek ego dan keangkuhan yang tidak terkata, dia tetap mahu meneruskan luahan pendapatnya yang bakal mengundang ketidakpuasan hati warga Sarawak. - My Media Hub

Thanks For Your Comment Here
 
Free Backlinks